Friday, 1 June 2012

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s


Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Kayu Manis dan Bunga Cengkih
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Bunga Cengkih
  
Pokok Kayu Manis
Pokok Bunga Cengkih














Nota:

Saya di fahamkan Kisah ini bersumber dari kitab kuning ( kitab jawi klasik) yang berjudul “ Jam`ul Fawaaid”, muka surat 255 , cetakan matba`ah Bin Halabi, Patani, Thailand.Pengarangnya iaitu Al marhum Syeikh Daud Al Fatani. Wallahu’alm.

SUMBER; http://fitrahislami.wordpress.com/2011/06/10/air-mata-taubat-nabi-adam-a-s/