Friday, 1 June 2012

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s


Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Kayu Manis dan Bunga Cengkih
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Bunga Cengkih
  
Pokok Kayu Manis
Pokok Bunga Cengkih














Nota:

Saya di fahamkan Kisah ini bersumber dari kitab kuning ( kitab jawi klasik) yang berjudul “ Jam`ul Fawaaid”, muka surat 255 , cetakan matba`ah Bin Halabi, Patani, Thailand.Pengarangnya iaitu Al marhum Syeikh Daud Al Fatani. Wallahu’alm.

SUMBER; http://fitrahislami.wordpress.com/2011/06/10/air-mata-taubat-nabi-adam-a-s/

Tuesday, 29 May 2012

~IMAN SEMUT~


 Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Itulah Iman Semut :)

Saturday, 26 May 2012

Tujuh Kalimat Yang Harus Dibiasakan.





1. بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Bismillahirrohmanirrohiim.
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن

Alhamdulillahirobbil'alamiin.
Setiap habis melakukan sesuatu.

3. اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْمِ

Astagfirullahal'adziim.
Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4. اِنْشَاءَ اللَّه

Insya Allah.
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5. لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّه

Laa hawlawalaa quwwata illabiillah.
Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6. اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Inna lillahi waainnaa ilayhi rooji'un.
Jika melihat/menghadapi musibah.

7. لاَاِلَهَ اِلاَّاللَه مُحَمَّدَالرَّسُوْلُ اللَه

Laa ilaha ilaallah Muhammadarrosuwlullah
Bacalah siang & malam sebanyaknya

Batu Dosa


Dua orang pemuda yg telah melakukan dosa pergi menemui seorang tua yg dianggap alim untuk menyatakan dosa2 yg telah mereka lakukan & meminta nasihat...


"Kami telah melakukan suatu dosa &perasaan kami terganggu..apakah yg harus kami lakukan sekarang?"


"Katakanlah wahai anak2 ku,apakah dosa yg telah kamu lakukan?"


Pemuda pertama berkata "Saya telah melakukan dosa yg amat berat & menyesalinya.Saya telah berhenti melakukannya."


Pemuda kedua pula berkata..."Saya telah melakukan dosa ringan,jadi saya tidak begitu khuatir..."

"Baik..sekarang wahai anak2 bawalah padaku batu bg setiap dosa yg telah kamu lakukan dulu"


Pemuda pertama kembali selang beberapa ketika kemudian dengan membawa sekarung guni penuh dengan batu2 besar manakala pemuda kedua tiba tidak berapa lama selepas itu gn membawa karung guni berisi batu2 kecil.


Lelaki tua itu pun berkata,"Sekarang kamu pergi & pulangkan semula batu2 ini ke tempat asal yg kamu menemuinya tadi dengan tepat."


Pemuda pertama mengangkat batu besar itu & memikulnya kembali ke tempat dimana dia mengambil batu itu tadi.Manakala pemuda kedua gagal mengingati keseluruhan tepat dia mengambil batu2 kecil tadi,maka  dia gagal memulangkan batu2 itu & berputus asa.


"Ini adalah 1 perkara mustahil," bisik pemuda itu.


"Dosa ini seperti batu tadi"kata lelaki tua tadi dgn lembut"Jika kamu melakukan dosa besar hal ini sama seperti batu besar dlm hati kamu,jika kamu menyesal,memohon keampunan Allah dgn iklas,melakukan taubat bersungguh2 & tidak mengulanginya nescaya Allah akan mengampunkan dosa itu..""tetapi jika kamu melakukan dosa kecil & tahu ia salah,namun ia membekukan hatinya dari rasa menyesal maka ia tetap pendosa.Seumpama batu2 kecil tadi,dia sulit membuang batu2 itu ke tempatnya & terus membawa seumur hidup."


"Maka ketahuilah anakku"Nasihat org tua itu,"adalah sama untuk menolak dosa2 kecil seperti menolak dosa2 besar..!!"

Sunday, 22 April 2012

Kisah Rumput dan Cinta


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Saturday, 31 March 2012

Disebalik sebotol coke~


bile tertEngok nic nie tuk pndangan pertaMe aku da nmpak ianye adelh pic org yg sdg sujud kn? siape bleh sangkal??pic nie mmg perli cre kite(*org islam) smbahyang kn? siap ade imam lg..=..="




ape2pn..mEng'iklan'kn produk dgn mEmpersEndekn care solat umat Islam bkn care yg elok..hmmm..mesej yg nk disampaikan dlm iklan nie kuraNg jelas..ape yg sebenarnye diorg nk smpaikan?? "Belilah Coke" atau "Marilah Bersolat"~ aku ase xwajar sgt diorg bt mcm nie..terdesak sgt ke nk jual produk smpai terpakse hiNe cre Islam solat?cam pape tah..

bile aku pndag lame2,aku fikir2..org yg cetuskn idea pic nie bkn nk mgajak kite bli coke,jauh skali nk kempen ajak bersolat..tp nk ckp yg Islam tu mudah uNtuk diperEndah kn..dari pasaraye bEsar,sampai ke kedai ruNcit kt kg aku nie..semue jual coke..coke dimane2,dri dulu smpai hrini..coke mmg laku..







tapi,aku nk nasihatkn korang..toksah la miNum coke..org yahudi mane minum coke n pepsi sebb diorg tau ape kndungn ramuan tuk buat coke nih,since jew agame keturuNan,diorg xnk ler mandul~..dalam coke nie ade bahan yg mampu retard reproduction organ lelaki n pmpuan..bile pnghasilan sperm n ovum org islam lemah,cam ne nk lahirkn pewaris agame??nie lah motif utame org israel,nak hapuskan keturuNan Islam!!


cer koraNg bce fakta kt bwh**aku ambil kt blog org(kredit tu pnulis asal fakta:))..fakta yg tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
kt kebanyakn negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke tuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, diorg guNe x?? koRang yg kt umah,try out la eksperiMen nie..

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Perhatikan perkataan 'coca-cola'. cer ambik satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.

therefore,untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,xyah la kite bli coke..hehe:)#bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..^.^

c
redit to penulis blog ape tah..lupe la..sory~

Encik Lalat





قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً

(صحيح البخاري)




Sabda Rasulullah saw :

“Jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, lalu keluarkan, sungguh disalah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sebelah sayap lainnya kesembuhan” (Shahih Bukhari)



kebetulan mase blogwalking aku terbace hadis nie..its remind aku cerite 'Diet Rasullah' kt tb3..aku ingt lgi yg ustad tu kate,if lalat jatuh dlm air kite..just celupkan lalat tu dalam air,buangkn lalat n air tu selamat tuk diminum:)..betape islam itu mgajar untuk tidak membazir..

tp koRang mesti geli jugak kn??? umum tahu yg lalat ni mmg seraNgge yg pngotor disebabkn cre hidup lalat yg suke mngunjungi tong2 smpah n dok kerumun sise2 mknn..n lalat sememangnyer pOpuler dgn pnyakit bawaannyer mcm Demam Kepialu,Radang Mata,Polio,Cirit-Birit,Batuk Kering,Cacing parasit,Penyakit Rejan,Berak Berdarah,Taun dan banyak lagi~~


mmg aku ingt ustad tu kate sebelah sayap lalat bawak kuman jahat..sebelah lgi bawak bacteria baik,which is sebelah syap bawak racun n sebelah sayap bawak peNawar..sbb tu bile kite celupkan lalat dlm air,air tu jd neutral bile syap yg bwak bacteria baik dicelupkn dalam air setelah syap yg bwk kuman xelok tu tercelup kt dlm air minuman..




dihari yg same aku blogwalking di blog yg lain..penulis tu selitkan jugak rumusan hadis nie **hdis yg same mcm yg aku cut n paste kt atas
"Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor di dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat, yang membawa kuman-kuman kepada makhluk yang lain, contohnya manusia. Di dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammad menyebutkan tentangnya pada abad ketujuh lagi. Berhubung dengan konsep lalat mengandungi penawar, ia hanya difahami pada abad kedua puluh. Pada Perang Dunia Pertama lalat di peringkat larva digunakan untuk merawat luka-luka oleh pakar-pakar bedah."



bile aku pk2..mmg lalat bwk pnyakit,tp die bwk penawar jugak..mlm td kebetulan mmg aku tgok cite "Panorama" kt tb1 pasal ank lalat yg diorg letak kt luke pesakit diabetis..Ya Allah..xsanggup aku nk tgok.meremik cam ulat sampah..trus taubat,xnk minum minuman manis da..takooOT! tp mmg terbukti ank2 lalat tu ley smbuhkn luke tu bile doktor 'celup'kn larva2 tu dlm luke pesakit .Hebatnye baby lalat ^.^




Maka dengan itu haruslah kita sebagai manusia bersyukur dah bertasbih di atas Kebesaran Allah. Sesungguhnya Dia tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Hatta seekor lalat yang dipandang jijik oleh kebanyakkan manusia.







credit sikit to penulis : www.tercipta.blogspot.com :)